Thursday, July 18, 2019

HRMIS FAIR




Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlangusng selama 3 hari di Dewan aras 8 Blok e7 KKM. Pelbagai booth game dan akitiviti yang di anjurkan antaranye teka silang kata berkaitan HRMIS, soalan pengetahuan am tentang HRMIS, dan pameran serta brochur berkaitan HRMIS.

HRMIS adalah sistem pengurusan maklumat sumber manusia yang mana ia merupakan salah satu portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk memastikan pengurusan Penjawat Awam lebih sistematik dan berintegriti. Pelbagai fungsi dan modul yang terdapat di dalam sistem ini. Bukan sahaja digunakan oleh warga pendidik tetapi juga digunakan oleh penjawat awam di sektor atau kementerian lain.

Senarai Fungsi di dalam HRMIS 2.0

  • Formulasi dan Penilaian Strategi
  • Perolehan Sumber Manusia
  • Pembangunan
  • Pengurusan Kerjaya
  • Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran
  • Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
  • Pengurusan Prestasi
  • Penilaian Kompetensi
  • Pengurusan Rekod Peribadi
  • Penamatan Perkhidmatan
  • Data Perjawatan
  • Perkhidmatan Maklumat

Walaupun terdapat pelbagai fungsi di dalam HRMIS2 ini namun kita mungkin hanya menggunakan beberapa fungsi sahaja antaranya ialah Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran (Pengurusan Cuti).

Sekiranya anda baru sahaja masuk ke dalam sektor kerajaan, anda hendaklah mengemaskini maklumat peribadi anda iaitu dengan masuk ke Fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Di dalam aplikasi ini anda perlu mengemaskini sendiri kerana maklumat yang diperlukan adalah dari anda sendiri, antara maklumat yang diperlukan ialah:

  • Data Peribadi
  • Pendidikan
  • Keluarga
  • Bahasa
  • Lesen
  • Sejarah Perkhidmatan
  • Pengalaman Kerja
  • Sejarah Perubatan
  • Anugerah
  • Profil Perkhidmatan

Perkara yang di atas ini penting untuk diisi, sebagai contoh di bahagian maklumat keluarga, sekiranya anda ingin menggunakan eGL bagi ibu anda untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, rekod di HRMIS ini akan memudahkan anda, ini berikutan GL sekarang boleh diambil dalam HRMIS. Oleh itu anda hendaklah melengkapkan nama ahli keluarga anda iaitu ibu, ayah, isteri / suami dan anak-anak.

Selain rekod peribadi, anda juga dikehendaki membuat pengisytiharan harta secara online. Ia juga berada di dalam fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Bagi yang pertama kali mengisinya mungkin agak rumit kerana terdapat banyak perkara yang perlu diisi. Bukan sahaja harta kita perlu diisi, malah harta pasangan kita juga perlu disertakan sekali. Jika ada rumah atau kereta perlu disenaraikan juga jumlah pinjaman, bank yang membiayai pinjaman, tempoh pembayaran dan sebagainya.

Selain daripada itu, kita juga akan menggunakan sistem ini untuk membuat permohonan cuti, sama ada cuti rehat khas, cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan sebagainya. Biarpun sudah ada versi online ini, masih juga ada pengisian secara manual yang turut sama perlu diisi sebagai rekod offline.

Serba sedikit pencerahan mengenai sistem HRMIS,

Perjalananku Telah Bermula....

Ni zaman aku STPM pulak. Aku sempat seminggu je kat sini. Tu pon minggu orientasi dengan senior STPM. Alhamdulillah dari pelbagai sekolah yang ambil STPM kat sini dan sempatlah aku kenal beberapa orang. Tapi yang paling ramai dari sekolah aku SAMSML. Kumpulan aku menang tempat kedua rasanye tu dapat hamper. Tapi aku pon dah tak ingat menang pertandingan yang mana heheheh. Maklumlah dah 4 tahun berlalu...
Ni semua kawan-kawan sekolah dari SAMSML. Ni baru perempuan yang laki pon tak kurang ramai jugak. Tapi tu lah jodoh aku untuk bersama dengan mereka hanya seminggu je lepas aku dapat tawaran ke Politeknik Ungku Omar. Ramai suruh aku sambung diploma kat PUO. Dan aku ambil keputusan untuk sambung diploma. Sebenanrye ramai dah sekarang amik STPM sebab ia dah tak susah macam dulu silibus lebih mudah konsep pembelajaran pon dah macam IPTA. Lagipon STPM singkat sikit dari diploma 2 tahun tak silap.

Okay tu je yang aku nak share pasal zaman STPM ni

MELUR #everywhere

Ni lah kawan yang paling rapat dengan aku masa diploma dari sem 1-5, group yang sama tak kira apa subjek untuk presentation, assingment group dan study group. Dari kiri Syafiq, Yati, Nelly (kakak), Ipah, aku dan Hanna paling kanan sekali. Kami start satu group masa subjek ustaz Shuhadak subjek usul fiqh tak silap. Kewuudan nama Melur ni bermula dari group presentation kelas usta shuhadak. Group lai semua nama macam gempak-gempak unik-unik, sampai tang kami nama kampung sikit iaitu MELUR. Dan nama ni melekat sampai sekarang MELUR everywhere.....
Masa ni sem 2 lawatan pergi Majlis Agama Islam Perak bawah subjek System. Satu kelas pergi naik bas poli. MAIP ni kat bandar Ipoh tak jauh dari PUO.
Moment yang paling aku tak dapat lupakan hahaha. Tyme ni kebetulan petang kelas cancel dan tyme ni jugak kecoh pasal kena tukar kad debit pay wave tu. Bila tahu kelas cancel kami decide nak pergi tukar kad debit bank islam dan cari motor sewa. Aku dengan Hana satu motor, Yati dengan Nelly satu motor dan Ipah satu motor. Kami pergi 3 motor. Nakdijadikan lawaknye lepas selesai buat kad debit tiba motor aku dengan hana tak boleh start tapi nasib baik ada pakcik kat bank tu tolong. Lepastu, aku dengan hana gerak dulu sebab nak tukar motor. Yati, Nelly dengan ipah gerak lambat sikit. Dah separuh jalan gerak boleh pulak si Nelly ni tak pakai helmet hahaha dia pergi tinggal helmet tu kat bank... terpaksalah patah balik amik helmet. Dah lah kat ipoh ni selalu buat roadblock. Lepastu motor aku dengan hana pulak mati kat tengah jalan masa nak melintas jalan besar...haha alahai dah lah kereta banyak laju-laju pulak tu. Tapi nasib baik masa nak melintas tu kereta takde. Aku dengan hana apalagi dekat atas motor tu gerakkan motor guna kaki sambil gelak-gelak hahaha kenangan sangat waktu ni. Dan sampai satu tempat kat traffic light sebelum masuk PUO, kami tukar motor.

Tyme ni first class sem 3 rasanye.... ececece muka manyak hapy maklumlah lama sangat cutinye
Alhamdulillah kami sama-sama dapat anugerah ketua jabatan (AKJ), nak dapat anugerah ni pointer kena 3.5 ke atas.
Ni lah port aku dengan geng MELUR ni selalu lepak sementara tunggu nak koko. Lokasi tempat parking bas. Macam-macam certa kami membawang hahaha

Dieorang ni lah family aku kat sini suka duka senang susah sentiasa bersama. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung.... Moga Allah jaga ukhwah fillah kita hingga ke syurga...aamiin, in shaa Allah

#MELUReverywhere

Jom Tambah saham akhirat...DHUHA



Dhuha adalah solat 2 rakaat yang dilakukan lepas terbit matahari sehinga sebelum masuk nye waktu zuhur. Waktu afdhal dalam pukul 10-11 pagi. Banyak kelebihan solat dhuha yang kita akan perolehi jika istiqamah kita buat antara salah satunye sentiasa di murahkan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian. Di bawah ni ada lirik lagu doa dhuha dan kita boleh amalkan doa ni selepas selesai solat dhuha.

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Jom sama-sama kita amalkan..moga bermanfaat

apa itu istidraj?


Haaa mesti ada yang tak pernah dengar pasal istidraj ni kan?? ok harini rasa nak share pasal makna istidraj yang mana Allah bagi ujian yang berbentuk kesenangan berkemungkinan akan menjauhkan lagi kita dari Allah.. Ingat tu ujian tak semestinya benda yang susah, kesenangan jugak ujian yang Allah nak ukur sejauh mana tahap keimanan ketaqwaan kita kepada Allah.


Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.



Majlis Khatam AL-QURAN BSM


Assalamualaikum..

Harap semuanya sihat dan sentiasa dalam lindungan rahmatnya...aamiin

Seperti yang kita tahu al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad secara mutawatir (beransur-ansur) untuk disampaikan kepada manusia sebagai petunjuk dalam kehidupan.

Pada bulan ramadhan haritu, Bahagian Sumber Manusia telah mengadakan majlis tadarrus al-quran. Dan gamba kat atas tu adalah hari khatam quran selepas sebulan bertadarrus bersama rakan-rakan di ofis. Alhamdulillah kami sempat habis 30 juzu' pada bulan ramadhan.Semasa majlis khatam quran kami mendapat jemputan khas dari rumah anak-anak yatim dari Bandar Baru Bangi. Kehadiran mereka memeriahkan lagi sambutan majlis khatam Quran ni.

Al-quran bukan sahaja kita boleh baca pada bulan ramadahan, malah setiap hari kita perlu baca. Jika tak mampu sehari satu juzu', baca sehari satu surah. Jika tidak mampu baca sehari satu helai. Jika masih tak mampu bacalah sehari satu ayat asalkan kita membaca. Sambil-sambil tu kita boleh baca makna atau tafsir ayat yang kita baca. Bertambah ilmu walaupon sedikit. Tmbahan pula, tidak rugi kalau kita amalkan baca quran ni kerana di akhirat kelak Quran ni lah yang akan bantu kita dari seksa qubur. Jadi, bacalah al-quran dan jadikan ia sebagai surat cinta dari Allah...in shaa Allah

Wallahu alam...

WARNA & PSIKOLOGI

Assalamualaikum... salam isya'

Baru-baru ni sis ada terbaca tentang warna dan maksud di sebalik warna tu sendiri. Sis takdelah nak suruh kome percaya tapi sebagai satu pengetahuan am baru mungkin ada yang kena mungkin tidak pada diri kita cuma ini dikatakan sebagai satu psikologi untuk kita kenal seseorang tu.

Warna Merah: Merah adalah warna api, sinaran matahari dan warna darah.
Warna ini memberi kesan kehangatan, kebahagiaan, keberanian, semangat, kekuatan, keghairahan dan juga merupakan tanda peringatan. Dalam psikologi warna merah merupakan simbol dari tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan. Dominasi warna merah mampu merangsang indera seperti meningkatkan nafsu makan dan ghairah seksual. Negatifnya warna merah dicanangkan dengan kekerasan dan kecemasan. Pengemar warna merah juga dikatakan seorang yang pendendam, tamak dan mudah tersinggung. Untuk menjaga keseimbangannya warna merah baik jika dipadukan dengan warna biru muda.

Warna Oren (Kombinasi merah dengan kuning): Oren juga melambangkan keceriaan, kehangatan, bersemangat, penuh dengan rasa sosial dalam persahabatan, dan optimisme. Kelemahan warna oren adalah sukan mendesak dan tidak suka dibantah. Warna ini memiliki daya tarikan yang kuat, kerana mampu merangsang pandangan mata. Walaubagaimanapun warna oren akan memberi kesan murah sekiranya ia digunakan terlalu dominan. Warna ini sesuai dipadankan dengan warna ungu atau biru untuk memberikan kesan unik dan mempunyai kelas yang tersendiri.

Warna Biru: Biru adalah warna langit dan laut. Ia memberikan gambaran yang luas pada ruang, warna yang damai, sejuk dan dapat menenangkan fikiran. Umumnya biru memberi efek menenangkan dan dipercayai warna biru mampu mengatasi insomnia, tekanan darah tinggi dan migraine. Warna biru juga dikatakan warna korporat kerana memberi kesan professional dan kepercayaan. Selain daripada itu, warna biru juga dikatakan dapat merangsang individu berkomunikasi. Berdasarkan cara pandang ilmu psikologi warna biru tua mampu merangsang pemikiran yang positif dan biru muda dapat membantu menenangkan fikiran disamping meningkatkan konsentrasi.

Warna kuning: Memberi kesan kegembiraan, ketenangan dan keceriaan. Memberi erti kehangatan dan rasa bahagia dan seolah ingin menimbulkan hasrat untuk bermain. Dengan kata lain warna ini juga mengandung makna optimis, semangat dan ceria. Dari sisi psikologi warna kuning dapat merangsang aktiviti fikiran dan mental. Warna kuning sangat baik digunakan untuk membantu penalaran secara logik dan analisa sehingga individu yang menyukai warna kuning cenderung lebih bijaksana dan cerdas dari sisi akademik, mereka lebih kreatif dan pandai meciptakan idea yang original. Disamping itu warna kuning juga membawa erti sinaran dan ketegasan. Namun negatifnya mereka juga orang yang mudah cemas, gelisah dan sering dikuasai ketakutan, mereka terlebih dalam menghadapi orang lain yang juga sedang merasa tertekan ataupun stress. Mereka juga cenderung menjadi terlalu kritis dan menghakimi orang lain.

Warna hijau: Membawa maksud warna identi alam. Ia melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi mahupun santai. Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai efek rileksasi dan menenangkan. Warna hijau dikatakan memiliki nilai tersendiri keranana dapat memberi kesan kesegaran dan akan lebih cantik bila dikombinasikan dengan warna coklat gelap. Kelemahan warna hijau adalah terlalu mudah mempercayai dan agak kolot.

Warna putih: Salah satu kelebihan warna putih adalah kemampuannya untuk membantu mengurangi rasa takut ataupun rasa gusar. Ini kerana warna putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Kelemahan warna putih adalah dapat memberi rasa sakit kepala dan mata boleh menjadi lelah atau penat sekiranya warna ini terlalu mendominasi. Dikatakan individu yang sukakan warna putih adalah seorang yang boros berbelanja. Warna putih sebagai warna yang murni dan tidak menggunakan campuran apapun memberi makna warna yang suci dan bersih.


Warna Coklat: Warna coklat adalah salah satu warna yang mengandung unsur bumi. Dominasi warna ini akan memberi kesan hangat, nyaman dan aman. Kelebihan lainnya adalah warna coklat dapat menimbulkan kesan moden, canggih dan mahal kerana warnanya yang hampir dengan warna emas.


Warna hitam: Kebanyakkan orang akan takut dengan warna hitam. Ramai yang percaya warna hitam mengundang bala, suram dan ketakutan. Walaupun begitu, warna hitam ditakrifkan sebagai warna yang misteri, independen, dramatis dan kesunyian. Warna hitam juga digolongkan dalam warna tegas, solid dan kuat. Namun warna hitam adalah warna yang elegan dan bila dikombinasikan akan menyerlahkan hasil yang menarik .

Cuba teka sis suka warna apa???... jeng jeng jeng, semestinya BIRU di hati

Wednesday, July 17, 2019

SEDEQAH yang paling mudah....



Nabi Muhammad SAW ketika hayat Baginda kaya dengan senyuman. Bahkan Rasulullah turut bersabda senyum itu adalah sedekah. Senyuman adalah kebajikan dan kebaikan yang paling mudah untuk dilakukan. Ia menggambarkan kebersihan dan keperibadian insan yang memberi senyuman. Ikuti penerangan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi mengenai 'kuasa' senyuman.

Michael Hart dalam bukunya bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History menempatkan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh paling berpengaruh sepanjang sejarah kerana menurutnya, Baginda satu-satunya manusia berjaya meraih kejayaan luar biasa baik yang dinilai dari ukuran agama mahupun ruang lingkup duniawi.

Menerusi rancangan Islam Itu Indah, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi berkata, Nabi Muhammad SAW yang diiktiraf oleh penulis buku bukan Islam itu adalah seorang insan yang dalam hidupnya amat kaya dengan senyuman.

Sahabat bernama Jabir berkata: "Setiap kali aku bertemu dengan Nabi Muhammad SAW, aku sentiasa melihat senyuman pada bibirnya."

Begitulah sosok seorang insan yang paling berpengaruh sepanjang sejarah, selain keistimewaan luar biasa yang Allah SWT kurniakan, Rasulullah SAW memiliki keperibadian yang tidak lokek dengan senyuman.

Berbicara mengenai kuasa senyuman, pakar psikologi mendedahkan bahawa untuk senyum seseorang perlukan sebanyak 17 gerakan otot wajah, manakala muka masam memerlukan 43 gerakan otot wajah. Ini bererti senyum lebih mudah berbanding memasamkan muka. Namun, ada yang lebih sukar untuk senyum.

Rasulullah SAW bersabda, senyum itu adalah satu sedekah. Selalunya, sedekah dikaitkan dengan material, tetapi sebenarnya boleh sahaja digantikan oleh gerakan jiwa murni datang daripada sekeping hati yang tulus.

SEBARKAN SENYUMAN DAN SALAM.

Al-Mulk (Kerajaan)

Sebelum tidur sis nak kongsi amalan yang kita perlu amalkan dari sekarang sebelum tidur...ye mengenai surah al-mulk

SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur.

Ia adalah Surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci.


Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari.


Hati orang yang membaca al-Quran akan sentiasa tenang, dijauhi daripada bisikan syaitan serta dirinya turut dihormati.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)

Antara azab kubur itu, didatangkan kepada manusia dua malaikat yang sangat bengis iaitu Munkar dan Nakir.

Sekiranya manusia melihat wajah malaikat azab itu, mereka akan pengsan. Di tangannya ada besi penukul dan apabila dihayun tukul itu, nescaya akan hancur semua gunung yang ada di atas muka bumi ini.

Bagaimanapun, bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.

Di dalam kubur, orang yang meninggal dunia akan didatangi malaikat azab bermula di kakinya untuk memberi hukuman.

Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

Sekiranya seseorang itu selamat daripada seksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.

Jika seseorang itu sudah menerima seksaan di alam barzakh, maka sudah pasti dia juga tidak akan selamat menghadapi kecelakaan lebih besar menunggunya selepas itu.

Maka, Nabi SAW mengajarkan kita beberapa cara untuk selamat dan selesa ketika berada di alam barzakh, antaranya membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.

Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT akan mengampuni segala dosa serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

Setiap orang beriman tidak boleh memandang ringan perihal di alam barzakh yang bakal mereka lalui satu masa nanti.

Persediaan itu wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku serta pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.

Abu Darda berkata, “Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabkan aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarnya, individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”

Rasulullah SAW juga mengajar untuk mengamalkan satu doa bagi memohon perlindungan dan azab kubur iaitu “Allahumma inni a’uzu bika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhli, wa’auzu bika min ‘azabil qabri wa ‘auzu bika minfitnatil mahya walmamati” bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kelemahan, malas, penakut, pelupa, bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur dan fitnah hidup dan mati.”(Hadis Riwayat Muslim)

"MOGA BERMANFAAT... DAN SELAMAT BERAMAL"

Tuesday, July 16, 2019

POSITIVE VIBES




                              


"Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya, tetapi hebat dalam tindakannya".

Seperti sebuah peribahasa mengatakan "Padi makin berisi makin merunduk." Orang yang benar-benar memiliki ilmu tidak akan menyombongkan dirinya, malah dia akan berkata merendah dan berlaku bijak dalam bertindak.

Bahasanya yang santun penuh penghargaan pada orang lain. Tiada secuil pun sikap meremehkan lawan bicaranya walau berhadapan dengan orang yang kurang berilmu sekalipun.

Ucapan dan bahasa yang keluar dari mulutnya sederhana, tidak muluk-muluk atau mengada - ngada namun memberikan kesan yang luar biasa. Nasihat penuh makna, kebijakan yang membangun, membuat semua yang berada di sekitarnya merasa nyaman, tidak ada yang merasa dirugikan baik secara moril mahupun materil.

Tindakan yang diperlukan untuk meraih sukses, bukan tindakan yang asal tindakan, tetapi tindakan dengan cara yang benar dan penuh dengan determinasi. Tindakan yang akan membawa diri kita kepada sukses adalah tindakan dengan kualitas dan kuantitas yang tinggi.

Jika tindakan biasa tidak akan membawa diri kita kepada sukses, apalagi jika kita tidak bertindak. Jika Anda sudah merasa bertindak tetapi masih belum sukses, artinya tindakan Anda masih belum layak. Baik dari segi kualitas dan kuantitas.

Tindakan biasa-biasa saja, apalagi tindakan yang sekedarnya, tindakan yang rata-rata, apalagi tindakan dibawah rata-rata, tidak akan mengantarkan Anda menuju sukses. Harus tindakan hebat dan dengan jumlah yang memadai. Tindakan seperti inilah yang akan membawa Anda meraih sukses.

AYUH BERSENAM..

Selamat Pagi semua...mulakan setiap hari dengan aura positif dan semangat yang baru. Harini sis nak kongsi pasal 6 senaman ringkas yang kita boleh lakukan di pejabat. Kerja hari-hari tanpa bersenam pon tak boleh jugak. Senaman ni untuk kekalkan badan kita sentiasa cergas di tempat kerja.

6 senaman yang kita boleh amalkan ditempat kerja. Tak banyak pon...

#1 Angkat tangan dan bahu, cuba rapatkan ke telinga. Tahan beberapa saat dan kembali kedudukan asal. Ulang sebanyak 10 kali atau sehingga ketegangan di bahu terasa lega.

#2 Goyang dan pusingkan pergelangan tangan selama 30 saat dan ulang beberapa kali. Ini penting untuk mengelak daripada mengalami kesakitan pada pergelangan tangan akibat terlalu lama menggunakan komputer.

#3 Tarik nafas dalam-dalam dan tahan beberapa saat. Lepaskan perlahan-lahan dan ulang 5 hingga 10 kali.

#4 Tegangkan seluruh badan sambil genggam tangan, ketap gigi dan pejamkan mata. Tahan beberapa saat dan rehatkan badan.

#5 Gosokkan tapak tangan hingga terasa panas.

#6 Letakkan tapak tangan pada mata selama beberapa saat. Kaedah ini boleh merehatkan mata yang letih.

SELAMAT MENCUBA...

Kenduri...


Hari Sabtu lepas aku dapat jemputan ke majlis kahwin kawan ofis aku. Majlis kawen adik dia. Asalnya aku taknak pergi sebab takde kawan dan transport. Tapi orang sebelah aku ni plak bagitau dia free dan kebetulan kelas pengrusan mula pukul 1.30, jadi sempatlah nak pergi.. Ye lah bila orang jemput datang ni kita kena pergi kecuali kalau ada kekangan. Bila aku tanye ikin dia on. Haa inilah ikin kembor yang aku kata tu dekat entry sebelum ni. Korang tengok sama ke kami ni? macam kembor ke? ..takpe jawab dalam hati..heheh

Majlis ni diadakan di Dewan Balora, Jabatan Pendaftaran Negara. Dekat dengan Perbadanan Putrajaya dan Masjid Besi. Alhamdulillah kami sampai dalam 11.30 dan antara orang yang terwal jugaklah tu yang kosong je kat belakang tu.. Selesai makan dan sementara nak tunggu majlis bersanding jam 12.30 kami sempat bantu apa yang patut dengan pihak tuan rumah dan sempat menjamah laksa perlis...memang terbaiklah laksa tu sampai ketitisan kuah terkahir kami makan...hahah nampak nau lapar nye.

Selesai majlis bersanding kami terus pecut ke kelas pengurusan di kampus UKM. Alhamdulillah walupon rushing-rushing masih diberi kesempatan untuk hadiri majlis kenduri dan kelas. Terisi jugaklah perut sebelum ke kelas...heheehhe

Goodies POKSU w-day

Hye semua....

Harini sis penat sangat tapi ada tugasan yang perlu dilakukan. Harini sis bungkus goodies kat rumah makcik. Awal bulan 8 ni abang sedara sis kawen. Jadi, banyaklah persiapan yang dilakukan antaranye bungkus goodies dan hadiah untuk cabutan bertuah. Bawah ni adalah gamba kain batik yang mana kain batik ni akan diberikan kepada orang dapur (orang yang tolong masak). Biaselah duduk kampung ni seronok kalau kenduri buat rewang-rewang nak pulak sis ni keturunan jawa. Dekat kampung sis rewang-rewang dah jadi kebiasaan bila kenduri tak kisahlah kenduri kawen ke kenduri cukur jambul ke kenduri tahlil rewang-rewang (masak bergotong-royong) mesti ada. Persiapan goodies dan hadiah dah hampr siap. Moaga majlis kenduri nanti berjalan lancar dan dipermudahkan..aamiin



Jamuan lagii...makan makan



Sambutan hari lahir bulan Januari-Jun dan Sambutan Hari Raya P&P1...haha asyik makan je duduk sini. Setiap kali jamuan pasti ada potluck dan yang itu antara benda yang paling aku suka... Mau tak suka dapat makan free dan bermacam-macam aneka juadah. Tapi menu utama nasi arab...haa bukan yashe yashe punya menu import jauh dari Arab. Unit P&P1 akan adakan jamuan makan-makan dalam 3 bulan sekali. Tujuan utama untuk eratkan lagi hubungan antara ahli unit. Ye lah bila kita besatu hati senang untuk kita lakukan kerja bersama berkumpulan. Pendapat aku, sesebuah organisasi yang kuat apabila ahli-ahli dalam organisasi bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Kerja memang banyak tak kan habis tapi bila kita buat bersama in shaa Allah yang berat akan jadi ringan dan dapat disiapkan pada masa yand ditetapkan. Semoga ukhwah unit P&P1 sentiasa kukuh... aamiin

TERIMA KASIH....


Last kelas dengan Dr. Norlin. Lecture yang sangat cool bila mengajar. Masuk kelas Dr tak pernah tak gelak ada je lawak bersahaja yang di bagi. Dan kelas last ni lah baru Dr tanya aku dengan ikin "kamu kembar ke?". Ikin yang tudung putih sebelah aku tu. Aku yang mana?? hahah cari sendiri... Ikin ni suka jawab ye bila orang tanya kami ni kembar ke? Act aku pon tak tau tang mana kembarnye?/ mungkin tang mata dengan spek kot..ye lah kami acah-acah keturunan cina lepastu spek mata nak sama jugak bulat. Mungkin sebab tu orang nampak macam kembar hahaha. Sampai nak balik pon Dr masih tanya soalan yang sama. Takpelah orang kata dalam dunia ni ada 7 orang muka sama macam kita. Mungkin ikin salah sorang nye...ye idookkk..... Dengan Dr je kami sempat bergamba lecture lain semua tak berksempatan. Walaupon tak dapat bergamba dengan lecture lain pengajaran mereka sentiasa kami ingati dan ucapan terima kasih kerana membantu kami sepanjang satu semester ni...

Setahun Hanya Sekali...Kini Syawal datang Lagi....


Yeah ini yang ditunggu-tunggu Sambutan Hari Raya cawangan PPS,BSM. PPS ni stand for Cawangan Perkhidmatan Pengurusan dan Sokongan. Sambutan ni diadakan pada 26/6/2019 bersamaan 23 Syawal yakni hari Rabu. Alhamdulillah sambutan yang sangat meriah dihadiri oleh semua warga Bahagian Sumber. Gamba kat atas tu adalah orang kuat P&P1...ramai kan. Tak silap unit kami paling ramai tenteranya dalam 30 orang...hehehe. Unit P&P1 ada 3 pecahan iaitu bahagian perubatan, farmasi & pergigian. Aku duduk bawah bahagian Farmasi & Pergigian bersama 5 orang lagi kakak kat unit ni... Ok lah tak boleh banyak sangat cerita nanti banyak benda bocor...hehe takdelah gurau jee...


Apa Yang Penting Kerjasama

 Hye hye hye... apo habaq??

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk sambung menulis blog ni. Kalini nak cerita pasal Sambutan Hari Raya Cawangan PPS Bahagian Sumber Manusia, KKM. Unit aku P&P1 ditugaskan untuk buat tulisan PPS BSM sempena sambutan hari raya cawangan PPS. PPS ni mempunyai unit utama dibawahnye iaitu unit Perkhidmatan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan unit Paramedik & Auksiliari. Gamba di bawah adalah proses penyediaan huruf 3D PPS BSM. Nampak mudah tapi ia tidak semudah yang kita katakan kerana ia mengambil masa selama 2 hari. Bahan yang digunakan untuk buat huruf-huruf ni ialah kotak. cawan kertas, batu-batu kecil sebagai pemberat, kertas gliter, gam gunting, glu gun dan selotape. Gamba di bawah adalah proses penyediaan huruf 3D yang kami buat.

 Setiap cawan dimasukkan batu-batu kecil sebagai pemberat supaya huruf boleh berdiri dengan kukuh

 Proses menggunting huruf-huruf sebelum dibentuk menjadi 3D
Siap sudah!!!


Monday, July 15, 2019

PISANG OHH PISANG


Makan pisang setiap hari



 Ini adalah beberapa manfaat yang akan diperoleh jika kita makan pisang setiap hari:

1. Jantung yang sehat

Makan pisang bagus untuk menunjang kesehatan jantung Anda. Hal ini karena di dalam pisang terkandung potasium, yaitu elektrolit mineral yang membuat listrik mengalir ke seluruh tubuh dan diperlukan dalam menjaga detak jantung Anda. Kandungan potasium dan sodium yang tinggi dari pisang juga dapat membantu melindungi sistem kardiovaskular Anda terhadap tekanan darah tinggi.

2. Terhindar dari stres dan depresi

Pisang dapat membantu mengatasi depresi. "Kadar tryptophan yang tinggi akan diubah tubuh menjadi serotonin, sehingga neurotransmiter otak meningkatkan suasana hati menjadi lebih relaks," ucap Flores.

Ditambah, vitamin B6 di dalamnya dapat membantu Anda tidur nyenyak dan kandungan magnesium akan membantu mengendurkan otot. Sehingga, Anda pun akan terhindar dari stres dan depresi.

3. Pencernaan sihat dan penurunan berat badan

Pisang kaya akan serat yang bisa membantu melancarkan buang air besar (BAB). Menurut Flores, satu pisang dapat menyediakan hampir 10 persen kebutuhan serat harian Anda. Vitamin B6 di dalam pisang juga dapat membantu penurunan berat badan.

Secara umum, pisang adalah makanan penurun berat badan yang baik, karena rasanya manis dan mengenyangkan. Sehingga, pisang dapat membantu Anda mengekang rasa lapar. Para peneliti bahkan menemukan bahwa pati resisten dalam pisang dapat mendukung kesehatan usus dan mengontrol gula darah.

4. Tulang kuat

Menurut sebuah artikel tahun 2009 di Journal of Physiology and Biochemistry, pisang mengandung banyak fructooligosaccharides yang merupakan karbohidrat non digestif penggerak priobiotik. Zat ini ramah terhadap pencernaan dan meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium. Dengan 
makan pisang tiap hari, tulang pun menjadi lebih kuat.

5. Terhindar dari penyakit kanker

Beberapa bukti menunjukkan bahwa konsumsi pisang secara konsisten dapat melindungi Anda dari kanker ginjal. Sebuah studi di Swedia pada 2005 menemukan bahwa wanita yang mengonsumsi lebih dari 75 porsi buah dan sayuran mengurangi risiko kanker ginjal hingga 40 persen, dan pisang menjadi buah yang bekerja sangat efektif.

Dari penelitian yang sama juga dikatakan bahwa wanita yang mengonsumsi 4 hingga 6 buah pisang dalam sepekan bisa mengurangi separuh risiko terkena kanker ginjal. Hal ini dapat terjadi karena tingginya kadar senyawa fenolik antioksidan dalam buah berwarna kuning ini.

6. Mencegah terkena diabetes

Menurut meta-analisis yang diterbitkan di Sleep Medicine Reviews, kurang tidur dapat berkontribusi pada diabetes gestasional. Di sisi lain, pisang dapat membantu mencegah risiko terkena gangguan kesehatan tersebut. Kandungan magnesium dan tryptophan pada pisang dapat membantu Anda memastikan istirahat malam yang baik, sehingga terhindar dari risiko tersebut.

mim alif ta alif



Tips Penjagaan Mata


Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata agar sentiasa nampak cantik dan bercahaya ialah:

1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit), biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.

3. Amalkan senaman untuk mata anda.

Caranya:
Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

Mata merupakan salah satu organ terpenting kepada kita. Jadi, kita kena jaga ia dengan sebaiknya dengan mengamalkan tips-tips di atas.

kENANGAN BERSAMA




PLKN....

Alhamdulillah aku diberi peluang untuk menyertai PLKN di kem Indera Pahlawan, Maran, Pahang selepas tamat SPM 2014. Gamba bawah ni antara moment2 yang aku masih simpan dalam laptop. Macam-macam pengalaman suka duka aku dapat kat sini. Mereka ni lah keluarga kedua aku kat sini, walaupon terdiri dari pelbagai bangsa dan agama kami tetap rasakan macam satu keluarga seperti adik-beradik susah senang sentiasa bersama. Tu lah orang kata berkawan biar beribu dan sampai sekarang kami masih berhubung cuma ada beberapa orang yang dah lost contact. Aku harap korang sentiasa dalam jagaan dan peliharaan Allah.







SRIKANDI ISLAM ZINNIRAH

Harini rasa nak share pasal kisah srikandi islam yang bernama ZINNIRAH......




Zinnirah merupakan seorang wanita berbangsa rom. Beliau dijual dan dibeli oleh Umar al-khatab untuk dijadikan hamba. Sebelum memeluk umar memeluk islam, beliau dikenali sebagai seorang yang sangat bengis dan digeruni. Zinnirah merupakan antara wanita yang terawal memeluk islam dan mengikuti dakwan Nabi Muhammad s.a.w secara sembunyi-sembunyi.

Penderitaan Zinnirah, bermula apabila Umar mendapati perubahan yang berlaku pada Zinnirah. Umar menyiksa beliau dengan harapan Zinnirah akan kembali semula kepada agama nenek moyang dahulu. Walaupon diseksa, Zinnirah tetap dengan pendiriannya memeluk agama islam. Sampai satu hari Umar menyucuk matanya sehingga buta. Meskipun begitu, mata hatinya tetap celik dan masih teguh pada agama islam. Walau diseksa, beliau tetap sabar dan yakin dengan bantuan Allah. Dan akhirnya, dengan hidayah Allah umar juga telah memeluk islam.

Kisah ni kita boleh jadikan inspirasi dalam dalam hidup walau diuji sehebat mana, keyakinan terhadap Allah tidak kan berkurang walau sedikit pun. Bersabarlah kerana sabar itu sangat indah di akhirnya.....



Daily Quotes






Perkataan yang simple tapi membawa maksud yang besar terutama pada ISLAM. Islam itu sendiri dah mudah tapi kita ni yang selalu membuat benda tu rumit. Dari kata-kata tu tiba-tiba aku teringat satu video yang pernah aku tengok kat facebook mengenai seorang wanita cina yang memeluk islam. Yang mana dalam video tu dia bagitahu dia mula tertarik dengan islam sebab akhlak seorang kawan kelas dia yang beragama islam. Dia lihat agama islam ni satu agama yang teratur dari segi kehidupan seharian sebagai contoh kita di ajar untuk membaca doa sebelum makan, solat 5 waktu, membaca doa sebelum belajar dan bermacam lagi. Dari situ dia mula terdetik untuk tahu lebih lanjut mengenai agama islam sampai dia di beri hidayah untuk memeluk islam.

Kesimpulan kat sini, sebenarnye akhlak yang kita pamerkan adalah cerminan kepada ajaran agama yang kita pegang. Jadi sebagai orang islam kita di ajar untuk sentiasa berkahlak baik walau di mana jua kita berada.



Experience is The Best Teacher of Life

Di petang yang mendamaikan sambil melihat pokok-pokok yang berlambai-lambai ditiup angin...

Tiba aku rasa nak kongsi pasal sahabat, pengalaman zaman diploma di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak. Zaman IPT ni tidaklah semudah zaman kita sekolah tapi zaman ni lah yang paling aku suka sebab apa?? sebab zaman ni yang mengajar aku banyak tentang kehidupan dari segi pengorbanan, kekuatan, ketabahan, berdikari, kekeluargaan dengan sahabat baru dan macam-macam lagi.

Masa mula-mula dapat tawaran PUO ni aku berkata dalam hati "bila masa aku mohon poli ni?", sekali bila aku cek balik ye memang ada aku mohon tapi kedudukan yang ke-5 dalam senarai  permohonan tu. Dulu aku ingat poli ni belajar pasal kemahiran dan kos engineering je... ye lah nama pon poliTEKNIK..teknik tu pada pandangan aku kmahiran...hehe, rupa-rupanye ada jugak kos akaun,perbankan,perniagaan dan peruncitan ni.

Bila dapat tawaran ni terus aku bagitau ibu. Ibu aku macam suka sebab dulu dia pernah nak masuk sini tapi tak tau macam mana cara nak mohon dan sebagainye. Maklumlah dulu bukan senang macam sekarang semua di hujung jari je.. Dan sebelum aku buat keputusan aku tanya jugak pendapat cikgu sekolah, senior PUO pasal rumah sewa, pasal kos yang aku ambil ni. Bukan apa cuma untuk persediaan awal. Orang-orang yang aku tanya minta pendapat pasal poli semua suruh sambung diploma ni. Sebab sebelum dapat tawaran diploma ni aku masuk STPM kat Maahad Hamidiah Kajang. Tapi aku sempat seminggu je kat situ tu pon minggu orientasi lepastu aku dapat tawaran poli ni.

Aku pon terus nekad untuk sambung diploma selama 3 tahun di PUO. Pasal jauh tak jauh tempat belajar dari rumah tu aku tak kisah, sebab sekolah menengah aku dah memang duduk asrama jadi serba sedikit pasal berdikari tu takde masalah lah. Dan lagi satu aku memang suka duduk jauh dari keluarga sebab apa kat situ baru aku kenal sapa diri aku sebenarnye... aku jugak suka pada cabaran dan selagi aku mampu untuk lakukan sendiri aku akan buat sampai jadi.

Ni lah roomates sem 1 sama kos tapi kami berbeza kelas, aku kelas B dia kelas A...Namanye Nabilah orang Cameron. Gamba atas tu waktu minggu orientasi hari terakhir kena pakai baju sukan. Orientasi selalunya seminggu dan wajib pakai baju kurung putih, kain hitam dan tudung hitam bagi perempuan. Yang tergantung kat tudung tu kad matrik sementara hahaha guna gamba passport sendiri. okay lah nanti aku sambung entry seterusnya pasal pengalaman belajar di PUO sebab aku nak siap-siap keluar cari barang. ok lah bye......

Saturday, July 13, 2019

Hye berjumpa lagi.... mulakan setiap hari kita dengan senyuman positif dan semangat yang baru gituuww...

Okay baru-baru ni group SAYA ADIK JAH ada rancang nak bercuti ke "tinggi- tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi hati saya sama kamu" eewwaahh... Kota Kinabalu, Sabah. Jadi aku dah lah buat survey kat cik google ni tempat menarik kat sana.

Sebenarnye Sabah ni aku tak pernah pergi lagi, jadi tak salah kalau kita buat review sikit tempat-tempat yang best untuk dilawati sebelum pergi kan. Lagipun, yang aku tau Sabah ni banyak pulau-pulau yang cantik contoh macam Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan Pulau Kepalai.

Ni antara tempat menarik di KK

Taman Laut Tungku Abdul Rahman
Lok Kawi Wildlife Park

Monsopiad Cultural Village

Ni lah antara tempat yang sempat aku survey... Nanti ada masa aku survey lagi

In shaa Allah ada rezeki awal bulan 10 kami ke KK dan nanti aku buat review tempat-tempat yang sempat aku lawati kat sana, okay jumpa lagi...Bye

6 Kelebihan Air Masak Pada Badan Manusia


Assalamualaikum...

Memandangkan cuaca sekarang panaih lit lit, pelbagai penyakit mula menjengah macam demam, batuk dan selsema. Jadi saya nak kongsi sedikit kelebihan minum air masak yang mungkin ramai tak tahu ataupun buat-buat tak nak tahu.... hehe gurau jaaa

Seperti yang kita tau air dalam badan manusia ni adalah 60% lebih daripada separuh. Jadi badan memerlukan air yang banyak dan cukup untuk kekalkan kesithatan.


6 Kelebihan yang kita dapat bila amalkan pengambilan air masak
  • Meningkatkan prestasi fizikal
  • Memberikan kesan positif kepada pemikiran otak
  • Dapat mencegah dan merawat sakit kepala
  • Membantu melegakan sembelit
  • Membantu mencegah batu karang
  • Menurunkan berat badan 
kebaikan air masak untuk kesihatan ini kita tidak boleh nafikan. Bahkan kalau kita tidak minum air selama tiga hari, kita mungkin akan mati. Kekurangan air dalam badan boleh membawa kepada banyak jenis penyakit dan kemudaratan. Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin menjaga kesihatan, dan ini panjang umur, hendaklah mulakan budaya banyak minum air.
LEBIH AIR TAK APA, JANGAN KURANG


HRMIS FAIR

Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlan...