Thursday, July 18, 2019

MELUR #everywhere

Ni lah kawan yang paling rapat dengan aku masa diploma dari sem 1-5, group yang sama tak kira apa subjek untuk presentation, assingment group dan study group. Dari kiri Syafiq, Yati, Nelly (kakak), Ipah, aku dan Hanna paling kanan sekali. Kami start satu group masa subjek ustaz Shuhadak subjek usul fiqh tak silap. Kewuudan nama Melur ni bermula dari group presentation kelas usta shuhadak. Group lai semua nama macam gempak-gempak unik-unik, sampai tang kami nama kampung sikit iaitu MELUR. Dan nama ni melekat sampai sekarang MELUR everywhere.....
Masa ni sem 2 lawatan pergi Majlis Agama Islam Perak bawah subjek System. Satu kelas pergi naik bas poli. MAIP ni kat bandar Ipoh tak jauh dari PUO.
Moment yang paling aku tak dapat lupakan hahaha. Tyme ni kebetulan petang kelas cancel dan tyme ni jugak kecoh pasal kena tukar kad debit pay wave tu. Bila tahu kelas cancel kami decide nak pergi tukar kad debit bank islam dan cari motor sewa. Aku dengan Hana satu motor, Yati dengan Nelly satu motor dan Ipah satu motor. Kami pergi 3 motor. Nakdijadikan lawaknye lepas selesai buat kad debit tiba motor aku dengan hana tak boleh start tapi nasib baik ada pakcik kat bank tu tolong. Lepastu, aku dengan hana gerak dulu sebab nak tukar motor. Yati, Nelly dengan ipah gerak lambat sikit. Dah separuh jalan gerak boleh pulak si Nelly ni tak pakai helmet hahaha dia pergi tinggal helmet tu kat bank... terpaksalah patah balik amik helmet. Dah lah kat ipoh ni selalu buat roadblock. Lepastu motor aku dengan hana pulak mati kat tengah jalan masa nak melintas jalan besar...haha alahai dah lah kereta banyak laju-laju pulak tu. Tapi nasib baik masa nak melintas tu kereta takde. Aku dengan hana apalagi dekat atas motor tu gerakkan motor guna kaki sambil gelak-gelak hahaha kenangan sangat waktu ni. Dan sampai satu tempat kat traffic light sebelum masuk PUO, kami tukar motor.

Tyme ni first class sem 3 rasanye.... ececece muka manyak hapy maklumlah lama sangat cutinye
Alhamdulillah kami sama-sama dapat anugerah ketua jabatan (AKJ), nak dapat anugerah ni pointer kena 3.5 ke atas.
Ni lah port aku dengan geng MELUR ni selalu lepak sementara tunggu nak koko. Lokasi tempat parking bas. Macam-macam certa kami membawang hahaha

Dieorang ni lah family aku kat sini suka duka senang susah sentiasa bersama. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung.... Moga Allah jaga ukhwah fillah kita hingga ke syurga...aamiin, in shaa Allah

#MELUReverywhere

No comments:

Post a Comment

HRMIS FAIR

Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlan...