Assalamualaikum...
Memandangkan cuaca sekarang panaih lit lit, pelbagai penyakit mula menjengah macam demam, batuk dan selsema. Jadi saya nak kongsi sedikit kelebihan minum air masak yang mungkin ramai tak tahu ataupun buat-buat tak nak tahu.... hehe gurau jaaa
Seperti yang kita tau air dalam badan manusia ni adalah 60% lebih daripada separuh. Jadi badan memerlukan air yang banyak dan cukup untuk kekalkan kesithatan.
6 Kelebihan yang kita dapat bila amalkan pengambilan air masak
- Meningkatkan prestasi fizikal
- Memberikan kesan positif kepada pemikiran otak
- Dapat mencegah dan merawat sakit kepala
- Membantu melegakan sembelit
- Membantu mencegah batu karang
- Menurunkan berat badan
kebaikan air masak untuk kesihatan ini kita tidak boleh nafikan.
Bahkan kalau kita tidak minum air selama tiga hari, kita mungkin akan mati. Kekurangan
air dalam badan boleh membawa kepada banyak jenis penyakit dan kemudaratan.
Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin menjaga kesihatan, dan ini panjang umur,
hendaklah mulakan budaya banyak minum air.
LEBIH AIR TAK APA, JANGAN KURANG
No comments:
Post a Comment