Thursday, July 18, 2019

Majlis Khatam AL-QURAN BSM


Assalamualaikum..

Harap semuanya sihat dan sentiasa dalam lindungan rahmatnya...aamiin

Seperti yang kita tahu al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad secara mutawatir (beransur-ansur) untuk disampaikan kepada manusia sebagai petunjuk dalam kehidupan.

Pada bulan ramadhan haritu, Bahagian Sumber Manusia telah mengadakan majlis tadarrus al-quran. Dan gamba kat atas tu adalah hari khatam quran selepas sebulan bertadarrus bersama rakan-rakan di ofis. Alhamdulillah kami sempat habis 30 juzu' pada bulan ramadhan.Semasa majlis khatam quran kami mendapat jemputan khas dari rumah anak-anak yatim dari Bandar Baru Bangi. Kehadiran mereka memeriahkan lagi sambutan majlis khatam Quran ni.

Al-quran bukan sahaja kita boleh baca pada bulan ramadahan, malah setiap hari kita perlu baca. Jika tak mampu sehari satu juzu', baca sehari satu surah. Jika tidak mampu baca sehari satu helai. Jika masih tak mampu bacalah sehari satu ayat asalkan kita membaca. Sambil-sambil tu kita boleh baca makna atau tafsir ayat yang kita baca. Bertambah ilmu walaupon sedikit. Tmbahan pula, tidak rugi kalau kita amalkan baca quran ni kerana di akhirat kelak Quran ni lah yang akan bantu kita dari seksa qubur. Jadi, bacalah al-quran dan jadikan ia sebagai surat cinta dari Allah...in shaa Allah

Wallahu alam...

No comments:

Post a Comment

HRMIS FAIR

Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlan...