Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlangusng selama 3 hari di Dewan aras 8 Blok e7 KKM. Pelbagai booth game dan akitiviti yang di anjurkan antaranye teka silang kata berkaitan HRMIS, soalan pengetahuan am tentang HRMIS, dan pameran serta brochur berkaitan HRMIS.
HRMIS adalah sistem pengurusan maklumat sumber manusia yang mana ia merupakan salah satu portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk memastikan pengurusan Penjawat Awam lebih sistematik dan berintegriti. Pelbagai fungsi dan modul yang terdapat di dalam sistem ini. Bukan sahaja digunakan oleh warga pendidik tetapi juga digunakan oleh penjawat awam di sektor atau kementerian lain.
Senarai Fungsi di dalam HRMIS 2.0
- Formulasi dan Penilaian Strategi
- Perolehan Sumber Manusia
- Pembangunan
- Pengurusan Kerjaya
- Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran
- Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
- Pengurusan Prestasi
- Penilaian Kompetensi
- Pengurusan Rekod Peribadi
- Penamatan Perkhidmatan
- Data Perjawatan
- Perkhidmatan Maklumat
Walaupun terdapat pelbagai fungsi di dalam HRMIS2 ini namun kita mungkin hanya menggunakan beberapa fungsi sahaja antaranya ialah Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran (Pengurusan Cuti).
Sekiranya anda baru sahaja masuk ke dalam sektor kerajaan, anda hendaklah mengemaskini maklumat peribadi anda iaitu dengan masuk ke Fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Di dalam aplikasi ini anda perlu mengemaskini sendiri kerana maklumat yang diperlukan adalah dari anda sendiri, antara maklumat yang diperlukan ialah:
- Data Peribadi
- Pendidikan
- Keluarga
- Bahasa
- Lesen
- Sejarah Perkhidmatan
- Pengalaman Kerja
- Sejarah Perubatan
- Anugerah
- Profil Perkhidmatan
Perkara yang di atas ini penting untuk diisi, sebagai contoh di bahagian maklumat keluarga, sekiranya anda ingin menggunakan eGL bagi ibu anda untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, rekod di HRMIS ini akan memudahkan anda, ini berikutan GL sekarang boleh diambil dalam HRMIS. Oleh itu anda hendaklah melengkapkan nama ahli keluarga anda iaitu ibu, ayah, isteri / suami dan anak-anak.
Selain rekod peribadi, anda juga dikehendaki membuat pengisytiharan harta secara online. Ia juga berada di dalam fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Bagi yang pertama kali mengisinya mungkin agak rumit kerana terdapat banyak perkara yang perlu diisi. Bukan sahaja harta kita perlu diisi, malah harta pasangan kita juga perlu disertakan sekali. Jika ada rumah atau kereta perlu disenaraikan juga jumlah pinjaman, bank yang membiayai pinjaman, tempoh pembayaran dan sebagainya.
Selain daripada itu, kita juga akan menggunakan sistem ini untuk membuat permohonan cuti, sama ada cuti rehat khas, cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan sebagainya. Biarpun sudah ada versi online ini, masih juga ada pengisian secara manual yang turut sama perlu diisi sebagai rekod offline.
Serba sedikit pencerahan mengenai sistem HRMIS,
No comments:
Post a Comment