Thursday, July 18, 2019

apa itu istidraj?


Haaa mesti ada yang tak pernah dengar pasal istidraj ni kan?? ok harini rasa nak share pasal makna istidraj yang mana Allah bagi ujian yang berbentuk kesenangan berkemungkinan akan menjauhkan lagi kita dari Allah.. Ingat tu ujian tak semestinya benda yang susah, kesenangan jugak ujian yang Allah nak ukur sejauh mana tahap keimanan ketaqwaan kita kepada Allah.


Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.



No comments:

Post a Comment

HRMIS FAIR

Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlan...