Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk sambung menulis blog ni. Kalini nak cerita pasal Sambutan Hari Raya Cawangan PPS Bahagian Sumber Manusia, KKM. Unit aku P&P1 ditugaskan untuk buat tulisan PPS BSM sempena sambutan hari raya cawangan PPS. PPS ni mempunyai unit utama dibawahnye iaitu unit Perkhidmatan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan unit Paramedik & Auksiliari. Gamba di bawah adalah proses penyediaan huruf 3D PPS BSM. Nampak mudah tapi ia tidak semudah yang kita katakan kerana ia mengambil masa selama 2 hari. Bahan yang digunakan untuk buat huruf-huruf ni ialah kotak. cawan kertas, batu-batu kecil sebagai pemberat, kertas gliter, gam gunting, glu gun dan selotape. Gamba di bawah adalah proses penyediaan huruf 3D yang kami buat.
Setiap cawan dimasukkan batu-batu kecil sebagai pemberat supaya huruf boleh berdiri dengan kukuh
Proses menggunting huruf-huruf sebelum dibentuk menjadi 3D
Siap sudah!!!
No comments:
Post a Comment