Assalamualaikum... salam isya'
Baru-baru ni sis ada terbaca tentang warna dan maksud di sebalik warna tu sendiri. Sis takdelah nak suruh kome percaya tapi sebagai satu pengetahuan am baru mungkin ada yang kena mungkin tidak pada diri kita cuma ini dikatakan sebagai satu psikologi untuk kita kenal seseorang tu.
Warna Merah: Merah adalah warna api, sinaran matahari dan warna darah.
Warna ini memberi kesan kehangatan, kebahagiaan, keberanian, semangat, kekuatan, keghairahan dan juga merupakan tanda peringatan. Dalam psikologi warna merah merupakan simbol dari tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan. Dominasi warna merah mampu merangsang indera seperti meningkatkan nafsu makan dan ghairah seksual. Negatifnya warna merah dicanangkan dengan kekerasan dan kecemasan. Pengemar warna merah juga dikatakan seorang yang pendendam, tamak dan mudah tersinggung. Untuk menjaga keseimbangannya warna merah baik jika dipadukan dengan warna biru muda.
Warna Oren (Kombinasi merah dengan kuning): Oren juga melambangkan keceriaan, kehangatan, bersemangat, penuh dengan rasa sosial dalam persahabatan, dan optimisme. Kelemahan warna oren adalah sukan mendesak dan tidak suka dibantah. Warna ini memiliki daya tarikan yang kuat, kerana mampu merangsang pandangan mata. Walaubagaimanapun warna oren akan memberi kesan murah sekiranya ia digunakan terlalu dominan. Warna ini sesuai dipadankan dengan warna ungu atau biru untuk memberikan kesan unik dan mempunyai kelas yang tersendiri.
Warna Biru: Biru adalah warna langit dan laut. Ia memberikan gambaran yang luas pada ruang, warna yang damai, sejuk dan dapat menenangkan fikiran. Umumnya biru memberi efek menenangkan dan dipercayai warna biru mampu mengatasi insomnia, tekanan darah tinggi dan migraine. Warna biru juga dikatakan warna korporat kerana memberi kesan professional dan kepercayaan. Selain daripada itu, warna biru juga dikatakan dapat merangsang individu berkomunikasi. Berdasarkan cara pandang ilmu psikologi warna biru tua mampu merangsang pemikiran yang positif dan biru muda dapat membantu menenangkan fikiran disamping meningkatkan konsentrasi.
Warna kuning: Memberi kesan kegembiraan, ketenangan dan keceriaan. Memberi erti kehangatan dan rasa bahagia dan seolah ingin menimbulkan hasrat untuk bermain. Dengan kata lain warna ini juga mengandung makna optimis, semangat dan ceria. Dari sisi psikologi warna kuning dapat merangsang aktiviti fikiran dan mental. Warna kuning sangat baik digunakan untuk membantu penalaran secara logik dan analisa sehingga individu yang menyukai warna kuning cenderung lebih bijaksana dan cerdas dari sisi akademik, mereka lebih kreatif dan pandai meciptakan idea yang original. Disamping itu warna kuning juga membawa erti sinaran dan ketegasan. Namun negatifnya mereka juga orang yang mudah cemas, gelisah dan sering dikuasai ketakutan, mereka terlebih dalam menghadapi orang lain yang juga sedang merasa tertekan ataupun stress. Mereka juga cenderung menjadi terlalu kritis dan menghakimi orang lain.
Warna hijau: Membawa maksud warna identi alam. Ia melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi mahupun santai. Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai efek rileksasi dan menenangkan. Warna hijau dikatakan memiliki nilai tersendiri keranana dapat memberi kesan kesegaran dan akan lebih cantik bila dikombinasikan dengan warna coklat gelap. Kelemahan warna hijau adalah terlalu mudah mempercayai dan agak kolot.
Warna putih: Salah satu kelebihan warna putih adalah kemampuannya untuk membantu mengurangi rasa takut ataupun rasa gusar. Ini kerana warna putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Kelemahan warna putih adalah dapat memberi rasa sakit kepala dan mata boleh menjadi lelah atau penat sekiranya warna ini terlalu mendominasi. Dikatakan individu yang sukakan warna putih adalah seorang yang boros berbelanja. Warna putih sebagai warna yang murni dan tidak menggunakan campuran apapun memberi makna warna yang suci dan bersih.
Warna Coklat: Warna coklat adalah salah satu warna yang mengandung unsur bumi. Dominasi warna ini akan memberi kesan hangat, nyaman dan aman. Kelebihan lainnya adalah warna coklat dapat menimbulkan kesan moden, canggih dan mahal kerana warnanya yang hampir dengan warna emas.
Warna hitam: Kebanyakkan orang akan takut dengan warna hitam. Ramai yang percaya warna hitam mengundang bala, suram dan ketakutan. Walaupun begitu, warna hitam ditakrifkan sebagai warna yang misteri, independen, dramatis dan kesunyian. Warna hitam juga digolongkan dalam warna tegas, solid dan kuat. Namun warna hitam adalah warna yang elegan dan bila dikombinasikan akan menyerlahkan hasil yang menarik .
Cuba teka sis suka warna apa???... jeng jeng jeng, semestinya BIRU di hati
No comments:
Post a Comment