Tuesday, July 16, 2019
Kenduri...
Hari Sabtu lepas aku dapat jemputan ke majlis kahwin kawan ofis aku. Majlis kawen adik dia. Asalnya aku taknak pergi sebab takde kawan dan transport. Tapi orang sebelah aku ni plak bagitau dia free dan kebetulan kelas pengrusan mula pukul 1.30, jadi sempatlah nak pergi.. Ye lah bila orang jemput datang ni kita kena pergi kecuali kalau ada kekangan. Bila aku tanye ikin dia on. Haa inilah ikin kembor yang aku kata tu dekat entry sebelum ni. Korang tengok sama ke kami ni? macam kembor ke? ..takpe jawab dalam hati..heheh
Majlis ni diadakan di Dewan Balora, Jabatan Pendaftaran Negara. Dekat dengan Perbadanan Putrajaya dan Masjid Besi. Alhamdulillah kami sampai dalam 11.30 dan antara orang yang terwal jugaklah tu yang kosong je kat belakang tu.. Selesai makan dan sementara nak tunggu majlis bersanding jam 12.30 kami sempat bantu apa yang patut dengan pihak tuan rumah dan sempat menjamah laksa perlis...memang terbaiklah laksa tu sampai ketitisan kuah terkahir kami makan...hahah nampak nau lapar nye.
Selesai majlis bersanding kami terus pecut ke kelas pengurusan di kampus UKM. Alhamdulillah walupon rushing-rushing masih diberi kesempatan untuk hadiri majlis kenduri dan kelas. Terisi jugaklah perut sebelum ke kelas...heheehhe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HRMIS FAIR
Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlan...
-
Di petang yang mendamaikan sambil melihat pokok-pokok yang berlambai-lambai ditiup angin... Tiba aku rasa nak kongsi pasal sahabat, pengal...
-
Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlan...
-
Ni zaman aku STPM pulak. Aku sempat seminggu je kat sini. Tu pon minggu orientasi dengan senior STPM. Alhamdulillah dari pelbagai sekolah ...
No comments:
Post a Comment