Thursday, July 18, 2019

HRMIS FAIR




Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlangusng selama 3 hari di Dewan aras 8 Blok e7 KKM. Pelbagai booth game dan akitiviti yang di anjurkan antaranye teka silang kata berkaitan HRMIS, soalan pengetahuan am tentang HRMIS, dan pameran serta brochur berkaitan HRMIS.

HRMIS adalah sistem pengurusan maklumat sumber manusia yang mana ia merupakan salah satu portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk memastikan pengurusan Penjawat Awam lebih sistematik dan berintegriti. Pelbagai fungsi dan modul yang terdapat di dalam sistem ini. Bukan sahaja digunakan oleh warga pendidik tetapi juga digunakan oleh penjawat awam di sektor atau kementerian lain.

Senarai Fungsi di dalam HRMIS 2.0

  • Formulasi dan Penilaian Strategi
  • Perolehan Sumber Manusia
  • Pembangunan
  • Pengurusan Kerjaya
  • Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran
  • Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
  • Pengurusan Prestasi
  • Penilaian Kompetensi
  • Pengurusan Rekod Peribadi
  • Penamatan Perkhidmatan
  • Data Perjawatan
  • Perkhidmatan Maklumat

Walaupun terdapat pelbagai fungsi di dalam HRMIS2 ini namun kita mungkin hanya menggunakan beberapa fungsi sahaja antaranya ialah Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran (Pengurusan Cuti).

Sekiranya anda baru sahaja masuk ke dalam sektor kerajaan, anda hendaklah mengemaskini maklumat peribadi anda iaitu dengan masuk ke Fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Di dalam aplikasi ini anda perlu mengemaskini sendiri kerana maklumat yang diperlukan adalah dari anda sendiri, antara maklumat yang diperlukan ialah:

  • Data Peribadi
  • Pendidikan
  • Keluarga
  • Bahasa
  • Lesen
  • Sejarah Perkhidmatan
  • Pengalaman Kerja
  • Sejarah Perubatan
  • Anugerah
  • Profil Perkhidmatan

Perkara yang di atas ini penting untuk diisi, sebagai contoh di bahagian maklumat keluarga, sekiranya anda ingin menggunakan eGL bagi ibu anda untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, rekod di HRMIS ini akan memudahkan anda, ini berikutan GL sekarang boleh diambil dalam HRMIS. Oleh itu anda hendaklah melengkapkan nama ahli keluarga anda iaitu ibu, ayah, isteri / suami dan anak-anak.

Selain rekod peribadi, anda juga dikehendaki membuat pengisytiharan harta secara online. Ia juga berada di dalam fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Bagi yang pertama kali mengisinya mungkin agak rumit kerana terdapat banyak perkara yang perlu diisi. Bukan sahaja harta kita perlu diisi, malah harta pasangan kita juga perlu disertakan sekali. Jika ada rumah atau kereta perlu disenaraikan juga jumlah pinjaman, bank yang membiayai pinjaman, tempoh pembayaran dan sebagainya.

Selain daripada itu, kita juga akan menggunakan sistem ini untuk membuat permohonan cuti, sama ada cuti rehat khas, cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan sebagainya. Biarpun sudah ada versi online ini, masih juga ada pengisian secara manual yang turut sama perlu diisi sebagai rekod offline.

Serba sedikit pencerahan mengenai sistem HRMIS,

Perjalananku Telah Bermula....

Ni zaman aku STPM pulak. Aku sempat seminggu je kat sini. Tu pon minggu orientasi dengan senior STPM. Alhamdulillah dari pelbagai sekolah yang ambil STPM kat sini dan sempatlah aku kenal beberapa orang. Tapi yang paling ramai dari sekolah aku SAMSML. Kumpulan aku menang tempat kedua rasanye tu dapat hamper. Tapi aku pon dah tak ingat menang pertandingan yang mana heheheh. Maklumlah dah 4 tahun berlalu...
Ni semua kawan-kawan sekolah dari SAMSML. Ni baru perempuan yang laki pon tak kurang ramai jugak. Tapi tu lah jodoh aku untuk bersama dengan mereka hanya seminggu je lepas aku dapat tawaran ke Politeknik Ungku Omar. Ramai suruh aku sambung diploma kat PUO. Dan aku ambil keputusan untuk sambung diploma. Sebenanrye ramai dah sekarang amik STPM sebab ia dah tak susah macam dulu silibus lebih mudah konsep pembelajaran pon dah macam IPTA. Lagipon STPM singkat sikit dari diploma 2 tahun tak silap.

Okay tu je yang aku nak share pasal zaman STPM ni

MELUR #everywhere

Ni lah kawan yang paling rapat dengan aku masa diploma dari sem 1-5, group yang sama tak kira apa subjek untuk presentation, assingment group dan study group. Dari kiri Syafiq, Yati, Nelly (kakak), Ipah, aku dan Hanna paling kanan sekali. Kami start satu group masa subjek ustaz Shuhadak subjek usul fiqh tak silap. Kewuudan nama Melur ni bermula dari group presentation kelas usta shuhadak. Group lai semua nama macam gempak-gempak unik-unik, sampai tang kami nama kampung sikit iaitu MELUR. Dan nama ni melekat sampai sekarang MELUR everywhere.....
Masa ni sem 2 lawatan pergi Majlis Agama Islam Perak bawah subjek System. Satu kelas pergi naik bas poli. MAIP ni kat bandar Ipoh tak jauh dari PUO.
Moment yang paling aku tak dapat lupakan hahaha. Tyme ni kebetulan petang kelas cancel dan tyme ni jugak kecoh pasal kena tukar kad debit pay wave tu. Bila tahu kelas cancel kami decide nak pergi tukar kad debit bank islam dan cari motor sewa. Aku dengan Hana satu motor, Yati dengan Nelly satu motor dan Ipah satu motor. Kami pergi 3 motor. Nakdijadikan lawaknye lepas selesai buat kad debit tiba motor aku dengan hana tak boleh start tapi nasib baik ada pakcik kat bank tu tolong. Lepastu, aku dengan hana gerak dulu sebab nak tukar motor. Yati, Nelly dengan ipah gerak lambat sikit. Dah separuh jalan gerak boleh pulak si Nelly ni tak pakai helmet hahaha dia pergi tinggal helmet tu kat bank... terpaksalah patah balik amik helmet. Dah lah kat ipoh ni selalu buat roadblock. Lepastu motor aku dengan hana pulak mati kat tengah jalan masa nak melintas jalan besar...haha alahai dah lah kereta banyak laju-laju pulak tu. Tapi nasib baik masa nak melintas tu kereta takde. Aku dengan hana apalagi dekat atas motor tu gerakkan motor guna kaki sambil gelak-gelak hahaha kenangan sangat waktu ni. Dan sampai satu tempat kat traffic light sebelum masuk PUO, kami tukar motor.

Tyme ni first class sem 3 rasanye.... ececece muka manyak hapy maklumlah lama sangat cutinye
Alhamdulillah kami sama-sama dapat anugerah ketua jabatan (AKJ), nak dapat anugerah ni pointer kena 3.5 ke atas.
Ni lah port aku dengan geng MELUR ni selalu lepak sementara tunggu nak koko. Lokasi tempat parking bas. Macam-macam certa kami membawang hahaha

Dieorang ni lah family aku kat sini suka duka senang susah sentiasa bersama. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung.... Moga Allah jaga ukhwah fillah kita hingga ke syurga...aamiin, in shaa Allah

#MELUReverywhere

Jom Tambah saham akhirat...DHUHA



Dhuha adalah solat 2 rakaat yang dilakukan lepas terbit matahari sehinga sebelum masuk nye waktu zuhur. Waktu afdhal dalam pukul 10-11 pagi. Banyak kelebihan solat dhuha yang kita akan perolehi jika istiqamah kita buat antara salah satunye sentiasa di murahkan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian. Di bawah ni ada lirik lagu doa dhuha dan kita boleh amalkan doa ni selepas selesai solat dhuha.

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Jom sama-sama kita amalkan..moga bermanfaat

apa itu istidraj?


Haaa mesti ada yang tak pernah dengar pasal istidraj ni kan?? ok harini rasa nak share pasal makna istidraj yang mana Allah bagi ujian yang berbentuk kesenangan berkemungkinan akan menjauhkan lagi kita dari Allah.. Ingat tu ujian tak semestinya benda yang susah, kesenangan jugak ujian yang Allah nak ukur sejauh mana tahap keimanan ketaqwaan kita kepada Allah.


Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.



Majlis Khatam AL-QURAN BSM


Assalamualaikum..

Harap semuanya sihat dan sentiasa dalam lindungan rahmatnya...aamiin

Seperti yang kita tahu al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad secara mutawatir (beransur-ansur) untuk disampaikan kepada manusia sebagai petunjuk dalam kehidupan.

Pada bulan ramadhan haritu, Bahagian Sumber Manusia telah mengadakan majlis tadarrus al-quran. Dan gamba kat atas tu adalah hari khatam quran selepas sebulan bertadarrus bersama rakan-rakan di ofis. Alhamdulillah kami sempat habis 30 juzu' pada bulan ramadhan.Semasa majlis khatam quran kami mendapat jemputan khas dari rumah anak-anak yatim dari Bandar Baru Bangi. Kehadiran mereka memeriahkan lagi sambutan majlis khatam Quran ni.

Al-quran bukan sahaja kita boleh baca pada bulan ramadahan, malah setiap hari kita perlu baca. Jika tak mampu sehari satu juzu', baca sehari satu surah. Jika tidak mampu baca sehari satu helai. Jika masih tak mampu bacalah sehari satu ayat asalkan kita membaca. Sambil-sambil tu kita boleh baca makna atau tafsir ayat yang kita baca. Bertambah ilmu walaupon sedikit. Tmbahan pula, tidak rugi kalau kita amalkan baca quran ni kerana di akhirat kelak Quran ni lah yang akan bantu kita dari seksa qubur. Jadi, bacalah al-quran dan jadikan ia sebagai surat cinta dari Allah...in shaa Allah

Wallahu alam...

WARNA & PSIKOLOGI

Assalamualaikum... salam isya'

Baru-baru ni sis ada terbaca tentang warna dan maksud di sebalik warna tu sendiri. Sis takdelah nak suruh kome percaya tapi sebagai satu pengetahuan am baru mungkin ada yang kena mungkin tidak pada diri kita cuma ini dikatakan sebagai satu psikologi untuk kita kenal seseorang tu.

Warna Merah: Merah adalah warna api, sinaran matahari dan warna darah.
Warna ini memberi kesan kehangatan, kebahagiaan, keberanian, semangat, kekuatan, keghairahan dan juga merupakan tanda peringatan. Dalam psikologi warna merah merupakan simbol dari tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan. Dominasi warna merah mampu merangsang indera seperti meningkatkan nafsu makan dan ghairah seksual. Negatifnya warna merah dicanangkan dengan kekerasan dan kecemasan. Pengemar warna merah juga dikatakan seorang yang pendendam, tamak dan mudah tersinggung. Untuk menjaga keseimbangannya warna merah baik jika dipadukan dengan warna biru muda.

Warna Oren (Kombinasi merah dengan kuning): Oren juga melambangkan keceriaan, kehangatan, bersemangat, penuh dengan rasa sosial dalam persahabatan, dan optimisme. Kelemahan warna oren adalah sukan mendesak dan tidak suka dibantah. Warna ini memiliki daya tarikan yang kuat, kerana mampu merangsang pandangan mata. Walaubagaimanapun warna oren akan memberi kesan murah sekiranya ia digunakan terlalu dominan. Warna ini sesuai dipadankan dengan warna ungu atau biru untuk memberikan kesan unik dan mempunyai kelas yang tersendiri.

Warna Biru: Biru adalah warna langit dan laut. Ia memberikan gambaran yang luas pada ruang, warna yang damai, sejuk dan dapat menenangkan fikiran. Umumnya biru memberi efek menenangkan dan dipercayai warna biru mampu mengatasi insomnia, tekanan darah tinggi dan migraine. Warna biru juga dikatakan warna korporat kerana memberi kesan professional dan kepercayaan. Selain daripada itu, warna biru juga dikatakan dapat merangsang individu berkomunikasi. Berdasarkan cara pandang ilmu psikologi warna biru tua mampu merangsang pemikiran yang positif dan biru muda dapat membantu menenangkan fikiran disamping meningkatkan konsentrasi.

Warna kuning: Memberi kesan kegembiraan, ketenangan dan keceriaan. Memberi erti kehangatan dan rasa bahagia dan seolah ingin menimbulkan hasrat untuk bermain. Dengan kata lain warna ini juga mengandung makna optimis, semangat dan ceria. Dari sisi psikologi warna kuning dapat merangsang aktiviti fikiran dan mental. Warna kuning sangat baik digunakan untuk membantu penalaran secara logik dan analisa sehingga individu yang menyukai warna kuning cenderung lebih bijaksana dan cerdas dari sisi akademik, mereka lebih kreatif dan pandai meciptakan idea yang original. Disamping itu warna kuning juga membawa erti sinaran dan ketegasan. Namun negatifnya mereka juga orang yang mudah cemas, gelisah dan sering dikuasai ketakutan, mereka terlebih dalam menghadapi orang lain yang juga sedang merasa tertekan ataupun stress. Mereka juga cenderung menjadi terlalu kritis dan menghakimi orang lain.

Warna hijau: Membawa maksud warna identi alam. Ia melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi mahupun santai. Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai efek rileksasi dan menenangkan. Warna hijau dikatakan memiliki nilai tersendiri keranana dapat memberi kesan kesegaran dan akan lebih cantik bila dikombinasikan dengan warna coklat gelap. Kelemahan warna hijau adalah terlalu mudah mempercayai dan agak kolot.

Warna putih: Salah satu kelebihan warna putih adalah kemampuannya untuk membantu mengurangi rasa takut ataupun rasa gusar. Ini kerana warna putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Kelemahan warna putih adalah dapat memberi rasa sakit kepala dan mata boleh menjadi lelah atau penat sekiranya warna ini terlalu mendominasi. Dikatakan individu yang sukakan warna putih adalah seorang yang boros berbelanja. Warna putih sebagai warna yang murni dan tidak menggunakan campuran apapun memberi makna warna yang suci dan bersih.


Warna Coklat: Warna coklat adalah salah satu warna yang mengandung unsur bumi. Dominasi warna ini akan memberi kesan hangat, nyaman dan aman. Kelebihan lainnya adalah warna coklat dapat menimbulkan kesan moden, canggih dan mahal kerana warnanya yang hampir dengan warna emas.


Warna hitam: Kebanyakkan orang akan takut dengan warna hitam. Ramai yang percaya warna hitam mengundang bala, suram dan ketakutan. Walaupun begitu, warna hitam ditakrifkan sebagai warna yang misteri, independen, dramatis dan kesunyian. Warna hitam juga digolongkan dalam warna tegas, solid dan kuat. Namun warna hitam adalah warna yang elegan dan bila dikombinasikan akan menyerlahkan hasil yang menarik .

Cuba teka sis suka warna apa???... jeng jeng jeng, semestinya BIRU di hati

HRMIS FAIR

Sambutan HRMIS FAIR bahagian sumebr manusia , kementerian keishatan malaysia yang dirasmikan oleh KSU DATO' Syafiq. Ia berlan...